Saturday, 31 March 2012

COUPLE tak mengapa tapi ..........


Secara mudah , keinginan untuk ber'couple' tidak mengapa ..... silakan . Tetapi hendaklah mengikut peraturan Allah . InsyaAllah , pasti tidak mendatangkan masalah . Namun kalau peraturan Allah dilanggar , maka tunggulah padahnya . Sebagai contoh , selagi belum bernikah kita diharamkan melakukan sesuatu yang diharamkan kecuali bagi pasangan yang telah berkahwin . (Faham kan?) Kawallah diri . Jagalah batas-batas itu . Tetapi sekiranya sudah tidak sanggup lagi menahan diri lagi , maka bernikahlah secara sah . Maka segala yang haram sebelumnya , sudah menjadi halal . 

  Peraturan daripada Allah , hakikatnya bukan untuk menyekat tetapi untuk mengawal . Apa bezanya menyekat dan mengawal ? Ini sangat penting : 
     Secara perbandingan , lihat kepada tanda-tanda jalan di jalan raya . Ada lampu isyarat , ada tanda had laju , ada tanda peringatan selekoh merbahaya dan sebagainya . Apakah kita merasakan tanda-tanda itu sebagai satu sekatan terhadap perjalanan menuju destinasi kita ? Tidak , itu bukan sekatan , itu adalah kawalan untuk menyelamatkan kita . Hanya manusia yang tidak siuman sahaja merasakan tanda-tanda di atas jalan raya itu satu sekatan . Malah kita menerimanya itu sebagai suatu yang cukup membantu agar kita sampai ke mana-mana destinasi dengan selamat . 

   Begitulah , kawalan kepada keinginan lelaki terhadap wanita dan sebaliknya , yang jika dilanggar akan menyebabkan berlakunya budaya 'coupling' haram ini . Sekiranya peraturan Tuhan dilanggar , maka tunggulah akibat buruknya .

#MOTS , boleh couple tapi ade batasan and kawalannya ;D peace !

3 comments:

  1. Da, asal asyik tukar nama blog je..? confuse kita....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee , sorry . Lepas nih tak tukar dah . Aku suka gila nama yg nih , SESEMPURNA YANG DICIPTA , sweet kann ? XD

      Delete
  2. Hi Wirda....camne nak follow blog kamu? Nanti singgahlah kat blog sy (http://belog-vaishu.blogspot.com/)

    ReplyDelete